under contruction

Jumaat, 5 Februari 2010

FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH ITU KEHIDUPAN

Cuba anda tunjukkan sebuah modul yang boleh menjadi panduan dalam menjalani kehidupan seharian anda? Kita ini dicipta oleh Allah SWT. Maka sudah tentulah Allah
yang menyediakan peraturan hidup kita.Kita tidak perlu tercari_cari dalam menentukan panduan hidup sendiri. Seperti sebuah kereta yang dikeluarkan oleh sebuah kilang, diserahkan kepada pembeli lengkap dengan buku panduan dan alat untuk memperbaki apabila mengalami kerosakan.

Panduan hidup yang disediakan Allah SWT dipanggil syariat.Mempelajarinya merupakan fardu ain (menjadi kewajipan keats semua orang - lelaki dan wanita) .Masa mempelajarinya pula ialah dari buaian hingga ke liang lahad. Apabila telah memiliki ilmu tersebut, maka sampai masa pula masa untuk mengamalkannya. Itulah amalan syariat.

Di sekolah anak-anak tidak berpeluang memepelajari ilmu-lmu fardu ain selengkapnya kerana masa yang sangat erhad diperuntukkan untuk memepelajari ilmu ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.